Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser .
Enter the email address you signed up with and we'll email you a reset link.
- We're Hiring!
- Help Center
Download Free PDF
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Related papers
Isu-isu hubungan etnik di Malaysia telah banyak berubah dalam tempoh lima dekad lalu. Pada tahun 1950-an, isu kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan etnik, diikuti dengan isu bahasa pada tahun 1960-an sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), manakala kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1990-an dan milenium, isu-isu agama begitu kuat mempengaruhi hubungan etnik di negara ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 618 responden. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik diterima dengan baik oleh pelajar seperti masyarakat pelbagai etnik di Malaysia hidup...
Pengenalan Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype. Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948). Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
Journal of Biblical Literature 104 (1985), 671-74
ΣΧΟΛΗ. Ancient Philosophy and the Classical Tradition, 2024
Yogavani (September), 2023
ED.UFRJ, 2024
African Journal of Social Science and Humanities Research (AJSSHR), 2019
Sheinna Candra Anggita, 2023
Fisioter Bras, 2006
SPAFACON 2021: Papers from the SEAMEO SPAFA International Conference on Southeast Asian Archaeology and Fine Arts, 13-17 December 2021, 2021
Revista de Historia Naval nº 164, 2024
Journal of the American College of Cardiology, 1995
Acta biochimica Polonica, 2004
Jurnal Pengabdian Masyarakat Teknik
RePEc: Research Papers in Economics, 2004
Journal of Neurosurgery: Case Lessons
Pakistan Journal of Agricultural Sciences, 2018
European Journal of Psychotraumatology, 2021
Psychiatry Research, 2011
Related topics
- We're Hiring!
- Help Center
- Find new research papers in:
- Health Sciences
- Earth Sciences
- Cognitive Science
- Mathematics
- Computer Science
- Academia ©2024
- High School
- You don't have any recent items yet.
- You don't have any courses yet.
- You don't have any books yet.
- You don't have any Studylists yet.
- Information
Assignment OUM Hubungan Etnik Integrasi
Hubungan etnik (mpu 3112), open university malaysia.
Recommended for you
Students also viewed.
- KMM soalan spot dan jawapan
- Kesantunan Sopan Santun
- Assignmen 1 - assigment details
- Sultan Abdul Hamid (SAHC)
- Contoh jadual tugasan - NOTES
- 2. Surat penempatan praktikum OUM Beche 2023
Related documents
- HE nota Topik 2 - Nota
- Hubungan Etnik - assingment
- NOTA Hubungan Etnik
- Buli - gejala buli
- Hubungan Etnik - soalan
- Joha MPN-Perpaduan Nasionaldan Keplbagaian Budaya Malaysia
Related Studylists
Preview text, sarjana muda pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, semester september/, hubungan etnik, nama pelajar : nurhadibah binti mohd haron, no. matrikulasi :, no. kad pengenalan :, no. telefon :, pusat pembelajaran : shah alam, isi kandungan, pendahuluan, aktiviti/program yang dapat memupuk, integrasi kaum dalam masyarakat., impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum, yang dijalankan dalam masyarakat., faktor-faktor yang menghalang individu/, pertubuhan syarikat tidak aktif dalam, aktiviti/program bercorak integrasi kaum., laporan refleksi.
Berpandukan soalan tugasan yang diberikan, objektif tugasan ini adalah untuk:
I. Mengenal pastibentuk aktiviti/program yang dapat memupuk integrasi kaum dalam masyarakat.
II. Mengenal pasti impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum yang dijalankan dalam masyarakat.
III. Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang individu/pertubuhan syarikat tidak aktif dalam program/aktiviti bercorak integrasi kaum.
3 AKTIVITI/PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK INTEGRASI KAUM DALAM
Masyarakat..
Sehingga kini, Malaysia masih mampu mengekalkan perpaduan kaum dan tidak mempunyai isu- isu besar yang melibatkan berlakunya rusuhan antara kaum. Namun begitu, rakyat Malaysia termasuk pihak kerajaan tidak boleh bersenang-lenang dan berada dalam keadaan yang selesa. Sebaliknya, lebih baik jika semua pihak berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum agar negara lebih harmoni dan berkembang maju apabila adanya kerjasama antara kaum terutamanya dalam pembangunan negara. Oleh itu, terdapat beberapa program yang boleh dijalankan agar perpaduan kaum tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.
3 Malam Kebudayaan
(sumber: diarymama/wow-kl/)
Sukan merupakan salah satu cara untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia. Hal ini telah dibuktikan dalam kejayaan beberapa orang atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik di Rio pada tahun 2016. Antara atlet yang berjaya meraih pingat ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Azizul Hasni Awang cukup membuktikan bahawa walaupun Malaysia mempunyai pelbagai kaum tetapi masih mampu berkejasama untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengadakan satu program yang berbentuk kesukanan untuk semua rakyat. Antara program yang boleh dilakukan adalah larian terbuka dengan bertemakan “Larian Untuk Semua”. Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini. Tema Larian Untuk Semua bermaksud larian ini diadakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan umur agar semangat ini dapat diterapkan kepada semua masyakat tanpa mengira peringkat umur. Sekiranya anak-anak dibawa untuk program seperti ini, sudah tentu semangat perkauman dapat di terap sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kerjasama dan semangat yang terjalin semasa larian membantu untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Selain memupuk integrasi antara kaum, program ini juga dapat menyihatkan tubuh badan agar lebih cergas seterusnya dapat mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
3 Program Pertukaran Pelajar
(sumber: media.ohbulan/wp-content/uploads/2018/11/school_students_0401.jpg)
Bagi memupuk integrasi antara kaum, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan bagi memupuk sifat ini sejak dibangku sekolah. Oleh itu, kerajaan perlulah komited untuk memperkasakan sekolah kebangsaan kerana hanya sekolah satu aliran sahaja dapat mendidik serta memupuk integrasi kaum dalam kalangan generasi muda. Sekolah vernakular tidak mampu untuk menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Namun begitu, cadangan untuk menghapuskan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan menyeluruh kerana masih ada rakyat Malaysia yang tidak berfikiran terbuka kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan budaya kaum lain. Jadi, kerajaan boleh mengadakan Program Pertukaran Pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar yang terpilih untuk berada di sekolah kebangsaan agar pelajar tersebut dapat bergaul dengan pelajar berbilang kaum dan apabila pelajar tersebut pulang ke sekolahnya, dia dapat menceritakan pengalamnya kepada pelajar lain.
Walaupun program ini tidak melibatkan semua pelajar, tetapi kesedaran itu dapat disebarkan kepada pelajar lain. Harapan program seperti ini dapat menyedarkan rakyat bahawa sekolah vernakular tidak lagi wajar dan perlu dimansuhkan.
3 Aktiviti gotong-royong
(sumber: survinthar.wordpress/2017/01/24/first-blog-post/)
4 IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM YANG DIJALANKAN
Dalam masyarakat..
Keamanan negara melalui integrasi kaum di Malaysia perlulah dikekalkan dan dikukuhkan lagi dengan program-program yang bermanfaat seperti malam kebudayaan, “Larian Untuk Semua” dan program pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Aktiviti seperti ini jelas membuktikan banyak impak positif yang boleh kita ambil untuk kebaikan negara.
4 Malam Kebudayaan
(ukm/news/Latest_News/pelajar-baharu-ukm-pamer-bakat-seni- budaya/)
Banyak impak malam kebudayaan yang boleh kita perolehi. Program ini dapat menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum melalui pendekatan budaya pelbagai kaum dan keunikan budaya masing-masing. Sebagai contoh, keunikan pakaian tradisional, tarian, dan nyanyian pelbagai kaum dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa setiap kaum ada nilai mereka yang tersendiri yang kaya dengan kesopanan. Pada asasnya tiada kaum yang menggalakkan pemakaian yang menjolok mata, namun begitu ramai masyarakat negara ini khususnya anak-anak muda yang terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya barat.
Lagu-lagu tradisional tidak lagi berkumandang di corong-corong radio dan genre luar juga menjadi kegilaan rakyat masa kini. Sedangkan lagu-lagu tradisional mempunyai nilai-nilai murni yang wajar diikuti , bukannya lagu luar yang mempunyai lirik-lirik tidak sopan dan boleh merosakkan akhlak rakyat negara ini. Oleh itu, malam kebudayaan ini memainkan peranan yang besar untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan dalam diri masyarakat dan memperkenalkan keunikan kepelbagian budaya di Malaysia. Dengan ini, integrasi antara kaum dapat di pupuk dan keamanan Malaysia dapat di kekalkan.
4 “Larian Untuk Semua”
(sumber: mykampusradio/sukan-dan-politik-di-malaysia/)
Program sukan seperti larian ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat bukan sahaja dapat memupuk integrasi antara kaum, malahan dapat mempromosikan gaya hidup sihat. Integrasi yang terjalin hasil daripada kerjasama berpasukan semasa larian dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Hal ini demikian kerana, larian ini boleh disertai secara berkumpulan dan digalakkan untuk mempelbagaikan kaum dalam setiap kumpulan. Secara tidak langsung, masing- masing akan memberikan semangat kepada ahli mereka yang lain.
pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular ini dapat mendedahkan keindahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
4 Aktiviti gotong-royong
(sumber: ashshuaraa.blogspot/2017/01/gotong-royong-dapat-mewujudkan- hubungan)
Hasil dari kerjasama yang terjalin semasa gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Semangat untuk sama-sama mengekalkan kebersihan kawasan tempat tinggal ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi kaum malah dapat menjauhkan diri dari penyakit denggi. Hal ini demikian kerana, nyamuk aedes tidak akan membiak sekiranya kawasan itu bersih dan tiada takungan air.
Hidup bermasyarakat perlulah saling bantu membantu seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bukan itu sahaja, aktiviti gotong-royong ini juga dapat menyatukan penduduk sesebuah kawasan yang mungkin tidak pernah bersua muka walaupun tinggal dalam satu kawasan dan memberi peluang kepada mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Sudah jelas bahawa aktiviti gotong-royong ini memberikan banyak manfaat disamping memupuk integrasi kaum.
5 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/ PERTUBUHAN
Syarikat tidak aktif dalam aktiviti/program bercorak integrasi.
Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya bagi memupuk integrasi kaum dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menghalang seseorang untuk aktif dalam program yang dijalankan menyebabkan tujuan utama program tersebut dijalankan tidak tercapai.
5 Malam Kebudayaan
Malam kebudayaan sepatutnya menjadi satu tarikan kerana banyak persembahan yang akan dipersembahkan, tetapi salah satu kelemahan program ini yang menjadi punca individu atau mana-mana pertubuhan tidak mengambil bahagian adalah kerana strategi pengiklanan yang kurang berkesan. Hal ini demikian kerana, program peringkat kebangsaan ini seharusnya di iklankan lebih meluas. Pada era pemodenan ini, pelbagai cara untuk mengiklankan program ini informasi ini tersebar lebih meluas.
Antara strategi yang boleh digunakan adalah melalui pengiklanan di televisyen. Pihak kerajaan perlulah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengiklankan program ini dengan jelas di televisyen. Selain itu, media sosial juga merupakan alat perantaraan untuk menyebarkan sesuatu berita dengan cepat terutamanya kepada generasi muda. Jelaslah bahawa pengiklanan yang kurang berkesan merupakan faktor utama orang ramai tidak aktif dalam program ini. Apabila pengiklanan kurang berkesan, maklumat yang cuba disampaikan tidak tercapai dan hasilnya orang ramai tidak mengetahui akan kewujudan program yang bermanfaat seperti ini.
5 “Larian Untuk Semua”
Program larian terbuka seperti ini semestinya menelan belanja yang tinggi dan kebiasaannya peserta akan dikenakan bayaran penyertaan untuk pemberian baju, pingat, makanan dan minuman. Namun begitu, yuran yang dikenakan seharusnya berpatutan dan tidak membebankan. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai latar belakang. Yuran penyertaan tidak sepatutnya membebankan para peserta.
Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana peruntukan untuk Kementerian Belia dan Sukan boleh digunakan untuk menampung sebahagian dari kos program ini. Ini kerana, program ini merupakan program membudayakan sukan agar masyarakat
6 KESIMPULAN
Kesimpulannya, integrasi kaum merupakan elemen penting bagi mengekalkan keamanan sesebuah negara dan merupakan tunjang utama bagi memajukan sesebuah negara. Keunikan Malaysia yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum tetapi masih dapat mengekalkan keamanan negara perlu di jadikan contoh kepada negara-negara luar.
Justeru, masyarakat perlu saling memahami bagi mencapai salah satu matlamat utama Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu “mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”(Tun Dr Mahathir, 1991). Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada sebuah negara yang maju dan stabil. itu, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
7 LAPORAN REFLEKSI
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor-tutor saya yang banyak membantu sama ada atas talian mahupun semasa kelas tutorial. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya di saat saya hampir putus asa. Banyak halangan dan dugaan yang saya tempuhi terutamanya untuk membahagikan masa antara komitmen di tempat kerja dan tugasan. Namun, berbekalkan kekuatan diri saya mampu menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Dalam pembelajaran ini, saya telah memperoleh banyak ilmu yang baru saya ketahui mengenai pembentukan etnik di Malaysia. Sebagai rakyat negara ini, kita seharusnya terus berusaha untuk mengekalkan keharmonian negara dengan memupuk perpaduan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Keharmonian negara agak dapat dicapai sekiranya semua masyarakat saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Perbezaan agama dan kaum tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bersatu padu.
Negara kita akan disegani oleh negara-negara luar sekiranya kita dapat membuktikan bahawa kepelbagaian kaum bukan penghalang untuk membina sebuah negara yang maju. Rukun Negara yang telah diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing. Setiap rakyat Malaysia perlulah berpegang dengan prinsip Rukun Negara agar kejadian hitam pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum tidak akan berulang lagi.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya untuk lebih memahami dan mendalami konsep perpaduan yang sekian lama menjadi matlamat utama kerajaan Malaysia. Saya juga mempelajari usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan keharmonian rakyat Malaysia
- Multiple Choice
Course : Hubungan Etnik (mpu 3112)
University : open university malaysia.
- Discover more from: Hubungan Etnik mpu 3112 Open University Malaysia 170 Documents Go to course
- More from: Hubungan Etnik mpu 3112 Open University Malaysia 170 Documents Go to course
- More from: BUKU FALSAFAH by Norini Husin 16 16 documents Go to Studylist
- Email: [email protected]
OUM MPU3113 Assignment
- Author / Uploaded
- Ahmad Daniel
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN __________________________________________________________________________ _ MPU3113 HU
Views 81 Downloads 6 File size 147KB
Report DMCA / Copyright
Recommend Stories
Assignment Mpu3113. Hubungan.etnik.jan.2014
1 MPU 3113 Tugasan School of Education and Cognitive Science MPU 3113 Hubungan Etnik Tugasan 2 MPU 3113 Tugasan Pe
245 25 581KB Read more
Assignment HBEC2703 OUM
HBEC2703 FAKULTI: FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL SEMESTER / TAHUN: >>>>******* KOD KURSUS: HBEC2703 TAJUK KURSUS
816 108 197KB Read more
cyber crime assignment oum
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR SMP-JAN-2011 SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2011 OUMH1203-SMP ENGLISH
177 16 398KB Read more
Assignment Mpu3122 Oum
BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS JANUARI / 2021 MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA NO. MATRIKULASI : NO. KAD
0 0 196KB Read more
Oum Assignment Keusahawanan
MPU3223 OUM BUSINESS SCHOOL JANUARI/2017 MPU3223 KEUSAHAWANAN NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFO
0 0 373KB Read more
ASSIGNMENT Oum Councelling PGDT
1 OBJECTIVE: This assignment is de signed to enable stude nts to demonstrate the ir ability to critically a nalyze
1 0 187KB Read more
Assignment Hubungan Etnik OUM
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER 2015 MPU3113 HUBUNGAN ETNIK NO. MATRIKULASI : 880614115629002 NAMA
1,783 275 225KB Read more
Muka Depan Assignment Oum
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : N
563 68 114KB Read more
OUM Community Service Assignment
BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS MAY 20XX MPU 3412 COMMUNITY SERVICE Activity 1 Introduction The community servic
1 0 117KB Read more
Citation preview
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN __________________________________________________________________________ _ MPU3113 HUBUNGAN ETNIK SEPTEMBER 2016 ___________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 31 Oktober 2016 hingga 13 November 2016. Serahan selepas 13 November 2016 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 10.Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE). 11.Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar . PENILAIAN / EVALUATION Tugasan ini menyumbang sehingga 50% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM: MARKS DEDUCTION Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: No. 1 2 3 4 % Kumpulan Pertindihan (Similarities Group) 0 – 30 30.01 – 50 50.01 – 70 70.01 – 100 % Potongan Markah (Marks Deduction) 0 5 10 100 Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan. SOALAN TUGASAN TUJUAN Tugasan ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar tentang peranan Rukun Tetangga (RT) dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. KEPERLUAN Matlamat penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah untuk memupuk dan memelihara perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia. Di bawah JPNIN, terdapat institusi di peringkat kejiranan dalam komuniti yang dipanggil Rukun Tetangga (RT) yang berperanan khusus dalam perpaduan pelbagai etnik di Malaysia. Berdasarkan rekod, sehingga kini, jumlah RT yang berdaftar dengan JPNIN berjumlah lebih 7,000 di seluruh negara. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Anda dikehendaki menemu bual empat rakan anda dan bertanyakan mereka tentang pengetahuan, kefahaman dan pandangannya berkaitan dengan keberkesanan program-program yang menggalakkan interaksi merentas etnik anjuran Rukun ii. Tetangga (RT) di kawasan mereka. Bincangkan faktor-faktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di iii. tempat anda. Bincangkan impak aktiviti-aktiviti RT yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam iv. masyarakat. Jelaskan kesan sekiranya masyarakat di kawasan kejiranan tidak aktif dalam aktiviti komuniti kejiranan. [Jumlah: 50 markah] ________________________________________________________________________________ SOALAN TAMAT LAMPIRAN RUBRIK TUGASAN MPU3113 HUBUNGAN ETNIK / SEPTEMBER 2016 / FASS LAMPIRAN RUBRIK TUGASAN MPU3113 HUBUNGAN ETNIK / SEPTEMBER 2016 / FASS an Pengenalan topik. 0 1 2 3 4 ah Penu h 4 1 Tiada pengenalan diberikan. Pengenalan topik yang sangat umum dan tidak menjurus kepada objektif tugasan. Pengenalan topik yang ringkas dan kurang menjurus kepada objektif tugasan. Pengenalan topik agak jelas dengan huraian yang ringkas berkaitan topik berserta rujukan/fakta yang tepat. Pengenalan tentang topik yang jelas dan menyatakan objektif dan isi kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fakta yang terperinci. Penjelasan mengenai Rukun Tetangga (RT) berdasarkan temu bual dengan rakanrakan berkaitan keberkesanan program interaksi merentas etnik anjuran RT di kawasan mereka. 2.5 Tiada penjelasan dibuat. Menjelaskan secara umum pandangan rakan-rakan berkaitan RT dan keberkesanan program interaksi merentas etnik anjuran RT di kawasan mereka. Menjelaskan secara ringkas pandangan rakan-rakan berkaitan RT dan keberkesanan program interaksi merentas etnik anjuran RT di kawasan mereka. Menjelaskan dengan baik pandangan rakanrakan berkaitan RT keberkesanan program interaksi merentas etnik anjuran RT di kawasan mereka. Menjelaskan dengan terperinci pandangan rakan-rakan berkaitan RT dan keberkesanan program interaksi merentas etnik anjuran RT di kawasan mereka. 10 Perbincangan mengenai faktorfaktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di tempat anda. 2.5 Tiada perbincangan dibuat. Membincangkan SATU faktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di tempat anda berserta contoh yang relevan. Menjelaskan DUA faktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di tempat anda berserta DUA contoh yang relevan. Menjelaskan TIGA faktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di tempat anda berserta TIGA contoh yang relevan. Menjelaskan EMPAT faktor halangan keaktifan masyarakat dalam program RT di tempat anda berserta EMPAT contoh yang relevan. 10 Perbincangan mengenai impak aktiviti-aktiviti RT yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat. 3 Tiada perbincangan dibuat. Membincangkan SATU impak aktiviti RT yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat secara umum. Membincangkan DUA impak aktiviti RT yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat secara ringkas. Membincangkan TIGA impak aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat dengan baik. Membincangkan EMPAT impak aktiviti RT yang dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat secara terperinci. 12 LAMPIRAN RUBRIK TUGASAN MPU3113 HUBUNGAN ETNIK / SEPTEMBER 2016 / FASS Penjelasan mengenai kesan sekiranya jika masyarakat tidak aktif dalam aktiviti di kawasan kejiranan. 2.5 Tiada penjelasan diberikan. Menjelaskan secara umum SATU kesan sekiranya masyarakat tidak aktif di dalam aktiviti kawasan kejiranan berserta contoh yang sesuai. Menjelaskan secara ringkas DUA kesan sekiranya masyarakat tidak aktif dalam aktiviti di kawasan kejiranan berserta contoh yang sesuai. Menjelaskan dengan baik TIGA kesan sekiranya masyarakat tidak aktif dalam aktiviti di kawasan kejiranan berserta contoh yang sesuai. Menjelaskan dengan terperinci EMPAT kesan sekiranya masyarakat tidak aktif dalam aktiviti di kawasan kejiranan berserta contoh yang sesuai. 10 Kesimpulan. 0.5 Tiada kesimpulan diberikan. Kesimpulan yang lemah dengan penjelasan yang tidak berkaitan dengan isu keseluruhan. Kesimpulan yang ringkas dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu keseluruhan. Kesimpulan yang agak baik, dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu tetapi tidak memberikan sebarang hubung kait antara isuisu. Kesimpulan yang sangat menyeluruh, dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu keseluruhan dan memberikan hubung kait antara isu-isu. 2 Format laporan yang bersesuaian (Muka depan, isi kandungan, mukasurat, format rujukan APA, dll. 0.5 Tiada format penulisan atau tidak berkaitan. Format penulisan tidak mengikut kriteria ditetapkan. Format penulisan yang agak baik dan mengikut kriteria tetapi kurang tersusun. Format penulisan yang baik dan mengikut kriteria, serta susunan yang baik dan lengkap. Format penulisan yang amat baik dan mengikut kriteria, serta susunan yang baik dan lengkap serta mengikut gaya APA. 2 JUMLAH 12.5 50
IMAGES
VIDEO